ISI KANDUNGAN
BILANGAN
|
ISI KANDUNGAN
|
MUKA SURAT
|
1
|
Isi kandungan
|
1
|
2
|
Penghargaan
|
2
|
3
|
Pengenalan
|
3-8
|
4
|
Sejarah Perkembangan Kayak
|
9
|
5
|
Perkembagan kayak di dunia
|
10-11
|
6
|
Perkembangan kayak di malaysia
|
12-14
|
7
|
Perbezaan kayak dan kenu
|
15-16
|
8
|
Kategori kayak
|
17
|
9
|
Jenis-jenis kayak
|
18-23
|
10
|
Anatomi kayak
|
24-31
|
11
|
Anatomi paddle
|
32-35
|
12
|
Cara membawa kayak
|
36
|
13
|
Rafting
|
37
|
14
|
Tujuan rafting
|
38
|
15
|
Pengendalian kayak
|
39-40
|
16
|
Melancar dan mendaratkan kayak
|
41-45
|
17
|
Berdayung
|
46-49
|
18
|
Rujukan
|
50
|
PENGHARGAAN
Assalamualaikum..
Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah s.w.t
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Selain
itu bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna-Nya.
Seterusnya
ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada jurulatih saya iaitu Encik Murad
kerana banyak membantu dan memberiakn tunjuk ajar sepanjang proses saya
menyiapkan tugasan ini. Selain itu Encik Murad juga banyak memberikan teguran
sepanjang tugasan ini disiapkan.
Seterusnya
tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan
sepanjang menyiapkan tugasan ini.walaupun mereka jauh mereka tetap membarikan
sokongan kepada saya dalam menyiapkan setiap rtugasan saya. Terima kasih kerana
memberikan modal dalm memyelesaiakn tugasan ini dengan sempurna nya.
Tidak lupa
juga kepada kawan-kawan yang banyak memberikan komen-komen dan idea-idea yang
bernas sepanjang menyiapkan tugasan ini…
Sekian,wasalam….
PENGENALAN
KAYAK
Secara amnya, semua kayak
mempunyai bahagian-bahagian berikut. Namun, berbeza dari segi saiz, bahan
binaan dan bentuknya. Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi-fungsi setiap
bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.
BOW DAN STEM (HAITIAN DAN
BURITAN):
Bahagian muncung hadapan dan
belakang kayak. Berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan
manakala stem ialah muncung bahagian belakang.
Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh
itu, bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah
tempat duduk sesebuah kayak. Bahagian ini amat mudan rosak jika tidak
dikendalikan dengan baik.
Fungsi utamanya ialah:-
Ø
memotong
air
Ø
memecah
ombak
Ø
menjadi
panduan arah tujuan kayak.
HULL
Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak, la mempunyai bentuk yang
berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.
DECK (GELADAK ATAS)
Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit, la berfungsi
menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pedayung serta
memudahkan kemahinan gulingan. Dek hadapan dipanggil fbredeck manakala dek
belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di
bahagian hujung bow dan stem.
Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak,
berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggle terbahagi dua iaitu
toggles yang tenditi daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang
diperbuat daripada kayu atau plastik. la lebih selamat dan selesa digunakan.
Eng loops pula terdiri dari seutas gelungan tali yang tertetak dihujung
bow dan stem, la murah dan mudah disediakan tertapi berbahaya kerana di kawasan
arus deras, end loop kayak yang terperangkap dalam pusaran boleh mencederakan tangan anda.
COCKPIT
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan diantara fbredeck dan
aftdeck. la merupakan kawasan dimana pedayung duduk di dalamnya. Bahagian
hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian
cockpit.
Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang.
Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan
bahagian belakang.
SEAT (TEMPAT DUDUK)
Tempat duduk pedayung yang terietak di dalam cockpit, la terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang, tetap,
tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk
kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleti laras.
Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan
dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang
rendan pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendati.
COAMING
Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi
untuk menghalang air dan memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray
cover.
KNEE BRACE
Terietak di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi
utamanya ialah untuk menyokong lutut pedayung dan memberikan cengkaman kaki
pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. la memudahkan kemahiran gulingan
dan mengelakkan pedayung dan terkeluar apabial terbalik. la hanya terdapat pada
kayak arus deras dan slalom sahaja.
TOWLINE/DECKLINE
Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kin dan kanan coaming hingga
ke bahagian stem, la berfungsi sebagai tali untuk menyelaroaf, penunda,
mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.
.KEEL
Terietak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsi utamanya ialah untuk
membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. la membolehkan sesebuah kayak itu
bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.
Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama
dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan.
Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan
kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan
pecut.
FOOTREST
Terietak dibahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki
pedayung. la berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih
yang dihasllkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kai
terhadap penghasilan daya dayungan yang baik.
Selain
itu ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang mefindungi pedayung dan
terhentak atau meogelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran.
Secara umum terdapat tiga jenis footrest iaitu
i. Verbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak;
ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga di sisi port dan starboard kayak;
iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow
sesebuah kayak.
i. Verbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak;
ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga di sisi port dan starboard kayak;
iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow
sesebuah kayak.
BUogancy(bahan apungan)
Bahan apungan terdapat di dalam kayak. la terletak di bawah deck di
bahagian bow dan stem. Fungsi utamanya
ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air. Selain itu ia
juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah.
Secara amnya terdapat tiga jenis buoyancy iaitu:-
Beg Udara
Sejenis
beg yang dibuat dan kanvas dan diletakkan di dalam kayak di bahagian bow dan
stem.Udara dipamkan ke dalamnya. la boleh dibawa dan keluar dari kayak dengan
mudah. La mempunyai daya apungan yang amat tinggi namun mudah bocor.
Foam Gabus/Getah Lembut)
Dibuat dari jenis buih getah/plastik yang dimampatkan. la memiliki daya
apungan yang tinggi dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah dengan kuat.
Namun begitu, bentuknya yang nipis memudahkan banyak air masuk ke dalam kayak
berbanding beg udara.
Polisterin
Bahan yang amat popular digunakan dalam kayak-kayak buatan tempatan.
Harganya amat murah dan mempunyai daya apungan yang tinggi serta boleh menyokong
bahagian geladak atas dan bawah dengan baik. Kekurangannya ialh rapuh dan mudah
rosak.
Deck Eye/Eye Cleat
Lubang
atau besi yang terdapat di atas geladak beriungsi untuk mengikat towline di
kawasan atas geladak.
Eye Pit
Lubang
yang terdapat di hujung bow dan stem sesetengah jenis kayak. Berfungsi untuk
memegang loop atau toggle yang dipasang padanya
.Hatches
Lubang
penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Fungsinya ialah untuk
tnenyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada
saiz dan bentuk kayak itu sendiri. la hanya terdapat pada kayak laut.
Back Strap
Sejenis tali dan lapisan getah yang diikatkan pada bahagian belakang
tempat duduk. La mempunyai betbagai-berbagai bentuk. la memberikan keselesaan
kepada pedayung untuk menyandarkan bahagian belakang mereka sewaktu berdayung.
Selain itu, ia juga bertindak sebagai alat keselamatan yang berfungsi
melindubgu bahagian belakang pedayung tercedera akibat hentakan dan belakang.
SEJARAH KAYAK
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK
Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara
meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan
itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber
pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat
berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga
berpusat di pinggiran sungai.
Oleh hal demikian
masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat
kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini
dikenali sebagai kanu dugout. Di Malaysia,
nenek moyang kita menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula,
hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air.
Mereka membina kerangkan kanu daripada kayu dan dindingnya pula
menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu Canadian Penghuni-penghuni
Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki
banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka
membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit
binatang.
Kenderaan ini dinamakan Inuit
ataupun Kayak Eskimo. Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan
pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang
digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. NAmun begitu, seiring
dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi
bahan,saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.
SEJARAH
PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA.
Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia.
Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti
ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia
menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan
dan pendidikan.
Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan
aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.John MacGregor
adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering
mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman.
Pengalaman
utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan
mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak
moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob
Roy.
Sepanjang tahun 1865 hingga 1867,
beliau telah menjelajah hamper kesemua sungai-sungai di Eropah dengan
menggunakan kayak ciptaannya ini.Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia
telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawab
mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan
golongan atasan British.
7 tahun kemudian, kelab ini
telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga hari ini,
kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.Persatuan Kanu British
telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam
memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia.
Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan
Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan
terulung di duniaVan Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan
sebuah badan kanu bertaraf dunia.
Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des
Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh
19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran
berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang
dinamakan 'Eskimo Roll'.
Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk
menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah
bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.Aktiviti pertandingan kayak
mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan
sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris.
Dua belas tahun kemudiannya,
iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di
Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan
di Geneva.
Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni
jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus
bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo'.
PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban
manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan.
Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.
Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia
diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura.
Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya
bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja.
Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan
dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus
Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan
menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.Sekitar tahun 1970 an
Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah
ekspidisi dan pertandingan.
Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat
Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an
'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu
pertama ditubuhkan diMalaysia.
Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak
berkembang menyeluruh ke serata Malaysia. Kementerian Belia
dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh
Malaysia.
Program
Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan
kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti
ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.Aktiviti kayak telah tercatat dalam
lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang
anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak
solo.
Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari.
Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau,
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau,
Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak
Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan
ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.Acara
pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang.
Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala LUmpur telah menganjurkan Regatta
Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah
Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di
Taman Negara.
Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak
negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan
Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara
menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan
'War On Water' di Jeram Besu.
Manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995. Seiring
dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan , atli-atlit
kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat
antarabangsa.
Aziz bin Ahmad dari Johor telah
memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada
tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah
melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta.
Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa
melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA. Aktiviti
berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab
perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak
sebagai salah satu aktiviti utamanya.
Ia juga dijadikan salah satu
aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti
berkayak ialah Universiti Teknologi MAlaysia, Universiti Malaya, Universiti
Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan
Idris
Pada tahun 1999, Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti
pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.
PERBEZAAN ANTARA KAYAK
DAN KENU
Definisi Kanu
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya
serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
Perbezaan Kayak dan Kanu
Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua
bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah
kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.
Kanu
Kanu
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka,
menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu
ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek
yang digunakan oleh nenek moyang kita.
PERBEZAAN
ANTARA KAYAK DAN KANU
BIL.
|
PERBEZAAN
|
||
KAYAK
|
KANU
|
||
1.
|
Kayak merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
|
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium
utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
|
|
2.
|
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.
|
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
|
|
3.
|
Kayak dikayuh menggunakan dua bilah mata dayung di sebelah kiri dan
kanan.
|
Bilah kanu dikayuh dengan menggunakan satu bilah mata dayung.
|
|
4.
|
Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara
berlunjur.
|
Semasa menunggang kanu pula, bilah perlu di dayung secara duduk
berlutut.
|
|
5.
|
Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus di
dayung tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan.
|
Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan ata ke
kiri untuk mendayung.
|
|
6.
|
Bilah di dayung menggunakan kedua-dua belah tangan pada kanan dan
kiri kayak pada satu-satu masa.
|
Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di
kiri atau kanan pada satu masa.
|
|
7.
|
Contoh: kayak polo
|
Contoh: sampan
|
|
KATEGORI KAYAK.
Jenis-jenis kayak memang telalu banyak tetapi setiap kayak yang di bina
telah pun mengikut kategori tertentu. Dalam paparan ini dinyatakan bahawa
terdapat 4 kategori kayak:
a) sea kayak
b) whitewater kayak
c) surf ski kayak
d) hybrid (recreational kayak)
c) surf ski kayak
d) hybrid (recreational kayak)
JENIS-JENIS KAYAK
Di zaman ini terdapat terlalu
banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Walaupun begitu, pengeluar-pengeluar ini
masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut aktivitinya. Di sini saya
cuba paparkan beberapa jenis gambar kayak.
1) Kayak jenis Creek Boat
Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.
2) Kayak jenis Polo
Kayak jenis ini
digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan
Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi
memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain
polo berkayak.
3) Kayak jenis inflatable
Kayak jenis ini
diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya
apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.
4) Kayak jenis Squirt
Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.
5) Kayak jenis Sprint
Kayak jenis ini selalunya
digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk
panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki
keseimbangan yang sangat baik.
6)
Kayak jenis Slalom
Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.
7) Kayak jenis Downriver.
Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom
8) Kayak Sea
Kayak ini
digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa
mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi,
Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan
barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat
kemudi.
9) Kayak Sit on Top
Kayak jenis ini
lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar untuk
melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini
ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka
lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.
ANATOMI KAYAK
ANATOMI KAYAK
Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk,
ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar
dan teknologi semasa. disini saya paparkan sedikit penerang mengenai anatomi
kayak.
1.
HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah bahagian belakang kayak. kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.
2.
GUNWALE LINE / PAINTER LINE
GUNWALE LINE / PAINTER LINE
ialah bahagian tepi atau sisi Kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi
pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau
tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut
"portside".
3. HULL
Hull ialah
bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak tersebut
untuk apa digunakan.
4. DECK (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".
5.
COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.
6. SEAT (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam
Cockpit, dan tempat duduk terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Standard (bentuk
dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa hanya untuk kayak rekreasi),
tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras. dan tempat duduk yang
digunakan di dalam sesuatu pertandingan)
7. TOGGLE
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang(Stern).
8. COAMING
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cockpit , ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.
9. KNEE BRACE
Letaknya dibawah Coaming yang
berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki
pendayung lebih kuat terhadap perahu.
10.
TOWLINE / DECKLINE
TOWLINE / DECKLINE ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan
buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu
(tunda).
11. KEEL
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
12. BUOYANCY
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.
13. FOOTREST
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak
kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle
(hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan
kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).
14. DECK EYE / EYE CLEAT
ECK EYE / EYE CLEAT ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang
terletak di atas geladak.
15. EYE PIT
EYE PIT ialah lubang yang
terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak
tertentu.
16. HATCH
HATCH ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.
17.BACK STRAP
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung
ANATOMI PADDLE
Blade
(Bilah mata dayung)
blade ialah kepingan yang berada
di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi
menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung
kepada kegunaannya.
Tip (pelindung mata dayung)
Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.
Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
ia berbentuk bulat dan lazimnya
lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.
Neck (leher Pendayung)
bahagian pencantuman antara blade dan shaft.
Drip Ring (bulatan Getah)
bahan yang diperbuat daripada
plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk
menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.
Tidak semua pendayung memiliki Drip Ring Front Of Blade (Permukaan
Dayung)Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk
mengaut air.
Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian
belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat
kepada mata dayung.
Bahan Buatan Pendayung
Biasanya bahan untuk membuat
Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap
pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu PRESTASI dan
kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
CARA-CARA MEMBAWA KAYAK
Terdapat
beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak. antara
kaedah-kaedah tersebit adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan,
kelekan di pinggang
Berpasangan,
pikulan di bahu berpasangan.
Pikulan di bahu berseorangan.
· Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun
kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi
mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung
cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala
sebelah tangan lagi memegang pendayung.
Kelekan
di pinggang berpasangan.
· Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak
berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat
mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan
pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan
kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk
mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.
Pikulan di bahu berpasangan.
· Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang.
Namun,kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan
untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku
sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak
dalam jarak yang jauh.
Angkat
menggunakan tangan
· Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan
memegang toggle dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah
ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.
RAFTING
Rafting merupakan salah satu olah raga yang tergolong beresiko tinggi,
itulah sebabnya olah raga ini sarat dengan standar dan prosedur yang harus
ditaati demi keselamatan dan kenyamanan bersama.Mulai dari persiapan awal
penyiapan pakaian sampai dengan usai rafting (perahu karet sandar)semua detail
persiapan harus dipersiapkan matang bila tidak ingin celaka atau terjadi
sesuatu dalam perjalanan rafting.
Inti dari kegiatan ini adalah
kerjasama yang tangguh dalam melewati setiap jeram yang memang sulit diprediksi
sebelumnya. Satu-satunya alat (selain perahu karet tentunya) adalah dayung.
Dayung harus digerakkan mengikuti komando yang dipimpin oleh seorang pemandu.
Para anggota harus patuh dan
mengikuti komando dari pemandu arung jeram. Kadang-kadang pemandu harus
berteriak geser kiri, geser kanan, kedepan, kebelakang, dayung maju, dayung
mundur, berhenti berdayung. dlsb.
Kadang sang pemandu bersuara normal dalam memberikan aba-aba (komando),
kadang sambil berteriak dan kelihatan galak bila perahu akan menghadapi jeram
yang berbahaya. Setiap anggota dalam satu perahu pun tidak boleh mengambil
inisiatif sendiri dalam bergerak baik pada saat mendayung maupun geser kiri
kanan kebelakang kedepan.
Satu hal yang dapat dipelajari adalah anggota dalam satu perahu tidak
merasa dimarahi atau disuruh oleh pemandu karena semua merasa bukan tunduk pada
sang pemandu, melainkan tunduk dan taat pada standar keselamatan dan komitment
bersama untuk mencapai tujuan yaitu selamat sampai pada tujuan rafting yang
telah disepakati.
TUJUAN RAFTING
Setelah jauh
mengayuh kayak, para penunggang kayak secara kumpulan biasanya akan membuat
rafting. Seorang peserta akan mengangkat paddlenyasecar menegak. Terdapat
beberapa tujuan penunggang kayak melakukan rafting. Antara tujuan tersebut
adalah :
Ø Untuk memastikan ahli-ahli kayak mendapat rehat sementara meneruskan
perjalanan setelah penat mengayuh.
Ø Menunggu ahli-ahli
kayak yang lain yang ketinggaln di belakang kita.
Ø Untuk memberi
peluang kepada ahli kayak untuk menukarkan tempat duduk samada dari depan ke
belakang atau dari belakang ke depan.
Ø Berkumpul untuk
memberi sebarang maklumat yang akan dilakukan selepasnya.
Ø Untuk memberi amaran kemungkinan ada bahaya di hadapan.
Ø Ia juga bertujuan
untuk ahli-ahli kayak makan ataupun minum setelah sekian lama berkayak.
Ø Ketua kumpulan kayak dapat memstikan kesihatan anggotanya.
Ø Untuk menunjukkan
cara-cara lain semasa berkayak misalnya cara untuk membuang air yang masuk ke
dalam kayak.
PENGENDALIAN
KAYAK
Secara am pengendalian kayak
adalah satu kemahiran yang dimestikan bagi setiap pengguna kayak. pelajaran ini
membimbing anda ke arah cara-cara praktikal bagi mengendalikan kayak supaya
kayak dapat dipergunakan sebagai kenderaan bagi tujuan bergerak di air.
Membawa KayakBagi mengendalikan aktiviti, kayak boleh dibawa ke
mana-mana sahaja yang anda suka. Bagi tujuan itu, anda boleh menggunakan
cara-cara berikut:
1)
Pikulan di BahuKayak
diangkat ke atas bahu. Ubahsuaikan posisi kayak anda di bahu supaya terasa
selesasewaktu mengangkat tadi, tentukan anda bekerjasama dan serentak
melakukannya denganrakan. Supaya kayak tidak terjunam dan seterusnya
menggelunsur ke dalam lebih-lebih lagiapabila kayak ber ada di dalam keadaan
basah (kayak yang basah adalah licin). Selepasberada di bahu, bawalah kayak ke
tempat yang ia hendak diletakkan sambil menggunakantangan anda bagi mengunci
kayak itu di bahu anda. Apabila meletakkannya semula, andahendaklah
berhati-hati supaya kayak tidak terlepas dari tangan dan seterusnya ia
terhempas.
2)
Kelekan di Pinggang Kayak
dianggkat hingga ke paras pinggang dan segera dirapatkan hingga selesa.
Denganmenggunakan pautan tangan, kayak akan dikunci dipinggang bagi mengampu
atau menahankayak dari melurut ke bawah. Selepas itu barulah anda boleh
berjalan bagi membawa kayakitu dan seterusnya meletakkannya di tempat yang
sesuai. Sewaktu meletakkan kayak, andahendaklah berhati-hati membawa kayak.
Cara ini adalah sedikit sukar apabila kayakberkeadaan basah di mana kelicinan
kayak akan menyebabkan ianya mudah melurut kebawah.
3)
Menggunakan KenderaanBagi tujuan
pengangkutan jauh, kayak adalah dibawa dengan kenderaan seperti lori, van
atautrailer. Dalam hal ini, kayak mestilah disusun dengan baik dan jika perlu
hendaklah diikatsupaya mengurangkan kesan geseran dan hentakkan ke atasnya
sewaktu dalam perjalanan.Posisi kayak di dalam kenderaan seelok-eloknya biarlah
di dalam keadaan melentang bagi menjaga ketahanan deck dan coaming.
MELANCAR
DAN MENDARATKAN KAYAK
Melancar
Untuk
melancarkan kayak, perhatikan perkara-perkara berikut:-
i)Apabila meletakkan kayak untuk berdayung,
tentukan ianya berada dalam air di tepipantai. Elakkan mana-mana bahagian kayak
dari bersentuhan dengan pasir atau tanah.Kalau bersentuhan, kayak akan terlekat
di dasar air apabila ianya dinaiki. Inimenyukarkan berdayung.
ii)Bahagian bow kayak mestilah bersudut tepat
menghala ke laut. Tujuan posisi beginiialah bagi mengelakkan ombak dari
menghempas bahagian rusuk kayak. Jika ombakmemukul rusuk kayak, kayak akan
mudah terpesong ke kiri atau ke kanan hingamenyukarkan tindakan untuk menaiki kayak
atau berdayung. Bahagian bow yangmenghala ke laut dalam posisi bersudut tepat
akan membelah ombak yang mar akepantai. Ia memudahkan supaya kayak dapat segera
dinaiki dan seterusnya didayung supaya kayak dapat segera dibawa keluar dari
kawasan pantai yang sentiasa diitimpaoleh ombak.
MENDARAT
Bagi tujuan
mendarat, perhatika perkara-perkara berikut pula:-
i)Apabila hampir sampai ke pantai kira-kira dalam
jarak 10 meter atau mengikut keadaanombak dan kedalaman air, kayak hendaklah
dipusingkan supaya menghadap semula kelaut di dalam posisi bersudut tepat.
Tujuan posisi ini adalah supaya hanya bahagian bow yang dipengaruhi oleh ombak
ii)Setelah kayak menghadap ke laut, dayunglah ke
belakang (mengundur) sehingga sampaike bibir pantai yang mengizinkan bagi
tindakan turun dari kayak.
Melancar
dan mendarat di Sungai dan Tasik
Bagi maksud melancarkan kayak dan mendarat di tebing sungai dan tasik
di mana ombak tidakterdapat, maka kedudukan bow mestilah bersudut tepat dengan
kemaraan arus. Jika tidak, kayakakan dilencongkan oleh arus menyebabkan
kesukaran bagi mengawal kayak.
NAIK
DAN TURUN KAYAK
Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan yang kecil, ianyak tidak
boleh dinaiki dan diturunidengan sewenang-wenangnya sebagaimana kenderaan laut
yang lebih besar seperti bot dan kapal.Pijakan kaki yang tidak boleh sewaktu
menaiki dan menuruninya akan menyebabkan kayak mudahtersenget sehingga
memunginkan kayak terbalik.
Oleh itu, tindakan yang betul hendaklah dilakukanapabila anda naik dan
turun dari kayak.Naik kayak Untuk menaiki kayak, bowman akan mendahuluinya. Ini
bagi membolehkan sternman untukmengawal kayak dengan memegangnya samada bagi
maksud imbangan atau mengelakkan kayak darimelencong ke sebelah. Bowman akan
melakukan tindakan-tindakan berikut:-
i)Ia akan berdiri di sebelah kiri kayak sambil
memegang dayung di tangan kanan (dayungboleh juga diserahkan kepada sternman).
ii)Bowman- akan membengkok dan langsung memegang
bahagian coaming di kiri dankanan sambil tangan kanan terus memegang dayung.
iii)Setelah itu, ia akan segera memasukkan kaki
kanan ke dalam kayak melalui cockpit
.iv)Apabila kaki kanan telah mencecah lantai kayak,
maka badan hendaklah segera dibawamasuk ke dalam kayak dan menempatkan punggung
di atas tempat duduk.
v)Kemudian segeralah memasukkan kaki kiri ke dalam
kayak supaya dapat duduk denganselesa dimana kaki akan diluruskan di lantai
kayak.
vi)Selepas itu, ia akan menggunakan badan bagi
mengimbang kayak dan menggunakandayung bagi mengawal kayak. Jika dayung
diberikan pada sternman sewaktu mula naiktadi, maka bowman hendaklah
menghulurkan tangan kebelakang sebagai isyaratmeminta dayung dari sternman
.vii)Setelah mendapat isyarat dari bowman, maka
sternman akan menaiki kayak dengancara yang sama sebagaimana yang dilakukan
oleh bowman.
viii)Setelah selesai, maka tindakan berdayung
hendaklah segera dilakukan
.ix)Jika kayak di tebing yang lebih kurang sama
paras dengan kayak tetapi airnya dalam,anda boleh menaiki atau menuruni kayak
dengan cara menggunakan dayung yangdipalangkan bagi menghubungkan kayak dengan
tebing.
x)Jika tebing lebih tinggi dari paras kayak, anda
bolehlah menaikinya dengan mengangkatsebelah kaki supaya dapat memijak lantai
kayak kemudian terus duduk sambil menarikkaki yang sebelah lagi ke dalam kayak.
Kedua-dua belah kaki kemudiannya hendaklahdiluruskan.Turun kayakUntuk turun
dari kayak, maka mestilah berada dalam posisi untuk mendarat. Orang yang akan
turundahulu ialah sternman kerana ia saling berhampiran dengan pantai. Ketika
sternman turun darikayak, bowman akan mengimbang dan mengawal kayak. Tindakan
untuk turun adalah sepertiberikut:-
i)Sternman akan memegang bahagian kiri dan kanan
coaming dengan kedua belahtangannya, sambil mengepit dayung di tangan kanan
(tangan kanan juga memegang coaming).
ii)Tarikkan kaki ke belakang sehingga kaki bengkok
dan rapat ke badan. Denganmengangkat punggung dari tempat duduk, ia akan
membuang kaki keluar melalui cockpit.
BERDAYUNG
Berdayung adalah satu gerak laku yang dilakukan oleh anggota kayak (canoeist)
bagi menggerakkankayak samada dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu
posisi ke satu posisi yang lain.Berdayung adalah satu kemahiran asas yang
dimestikan kepada setiap individu yang ingin melibatkandiri dengan kegiatan
kayak.
Cara memegang Dayung/BerdayungSebelum anda mula belajar mendayung,
terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayungdengan cara yang betul.
i)Ketika memegang
batang dayung, hendaklah dengan kedua-dua belah tangan. Peganganini janganlah
terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk digerak-gerakkan
ketika mendayung.
ii)Posisi kedua
belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar daribahagian bahu.
iii)Posisi badan
anda hendaklah dibawa kebelakang seberapa yang boleh supaya bahagianbelakang
anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada
didalam keadaan yang selesa (relaxed).iv)Apabila berdayung, kedudukan papan
dayung (blades) mestilah keseluruhannya beradadi daam air. Dayungan (stroke)
mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuanmaksima kayak diperolehi.
Kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.
v)Berdayung akan
menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu,
janganlahberkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya kerana
ia bolehmengakibatkan kecederaan jangka panjang, selalulah berehat sewaktu
berdayung.Beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah-ubah
dari satupegangan ke satu pegangan yang lain supaya otot-otot boleh direhatkan.
vi)Jangan
sekali-kali berdayung dengan menggunakan kedua belah tangan sekali gus.
Danketika sedang berdayung, elakkan dair perbuatan memukul air atau naik radang
apabilakayak anda segera mematuhi kehendak dayungan ini. Perbuatan ini tidak
akanmembantu malah ianya akan melengahkan anda.
Jenis-jenis
Dayungan dan Teknik Berdayung
Terdapat beberapa jenis dayungan
seperti berikut yang boleh digunakan dan setiap dayungan ituakan memberi
bantuan untuk mengendalikan kayak dengan betul:-
1)
Dayungan Junam
·
untuk bergerak ke hadapan dan ke
belakangSetelah berada di dalam kayak dan memegang dayung dengan betul:-
i)Tegakkan badan
dengan sedikit condong ke hadapan.
ii)Hulurkan dayung
ke hadapan dengan membawa tangan ke hadapan (maka papan dayunghendaklah
mengadap ke belakang).
2)
Dayungan
Tusukan
·
untuk membelok dan memberhentikan
kayakJika hendak membelokkan kayak yang sedang bergerak supaya pergi ke kanan,
maka tangan kananhendaklah melakukan tusukan dayung ke belakang.
·
Tindakan ini hanya dilakukan oleh
orangbelakang.Lebih ke belakang tusukan dibuat, lebih kuat dan besar belokan
yang akan terjadi hingga bolehberpusing 360 darjah. Tindakan ini berkesan pada
kayak yang tidak bergerak.
3)
Dayungan Sapu (sweep)
·
untuk membelok atau memusing
kayakTindakan ini berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang
berhenti atau yangsedang bergerak. Untuk membelok ke kanan, perhatikan
pergerakan berikut:-
1. Dayung dihulurkan ke depan melalui sebelah kiri sehingga tanan kiri menjadi
lurus danbahu kiri ke hadapan.
2. Tangan kanan dibengkokkan.
3. Letakkan papan dayung dalam posisi separuh terbenamiv)
Tarik dayung
kebelakang seberapa keluar yang boleh hingga menyentuhi buritan kayakdengan
tangan mengikuti hingga berada disebelah kiri cockpit.
RUJUKAN
Very interesting this games i like to playing with all my friend's.
ReplyDelete